Friday, January 4, 2019

Senarai Buku Panduan Haji dan Umrah Terbaik Untuk Anda


Senarai Semasa Buku Panduan Haji dan Umrah






















Untuk membeli, sila klik banner Beli Buku Online dalam blog ini. Terima kasih.


Buku Panduan Haji dan Umrah - Travelog Umrah DIY



===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8”
ISBN-13: 9789671379103
Jumlah Muka Surat: 258
Berat (Kg): 0.24
===========================
Rindu bertamu…nekad untuk merungkai rindu berada di Baitullah dan Bumi Haramain kurang setahun selepas umrah ziarah kali pertama, dengan izin Allah penulis berada disini lagi. Tabarakallah.
Kali ini pergi menunaikan umrah secara DIY tanpa menggunakan agensi pelancongan. Berserah dan bertawakal hanya padaNya.
Ikuti pengalaman penulis selama 14 hari dan tip-tip menunaikan umrah secara perancangan sendiri dari tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan pengangkutan. Dengan kos RM2000++


Buku Panduan Haji dan Umrah - Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Haji


===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 8”
ISBN-13: 9789675102691
Jumlah Muka Surat: 216
Berat (Kg): 0.30
===========================
Kelebihan buku ini :
  • Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan haji di Makkah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. 
  • Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah haji kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru. 
  • Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah.
  • Dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan mengerjakan haji.
  • Carta Aliran Pelaksanaan Haji Ifrad sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan haji itu sebagai satu overview. 






Buku Panduan Haji dan Umrah - Umrah Disember




Format: Kulit Nipis
ISBN: 978-967-12139-1-9
Penulis: Amli Ghazali
Tahun Terbit: April 2017
Jumlah Muka Surat: 102
=========================
"Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa mengerjakan umrah kali ini ialah mendaki Gua Hira. Allahu Akbar! Sebenarnya Gua Hira terletak tidak jauh dari Masjid al-Haram. Seingat saya lebih kurang 2 hingga 3 batu sahaja. Ia terletak di atas Jabal Nur. Kita semua tahu bahawa Gua Hira merupakan tempat Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu yang pertama..."
"Buku ini sangat bagus dan sesuai dijadikan rujukan bagi yang ingin menunaikan umrah khususnya bagi yang kali pertama ke Harmain. Penulis telah berkongsi ilmu dan tip dalam bentuk pengalaman dan ilmiah. Gaya penulisan yang santai dan mudah difahami. Anda harus milikinya.. " -Imam Muda Megat, Musim ke-3-
"Alhamdulillah, setelah membaca manuskrip ini, saya dapati ia boleh dijadikan panduan kepada mereka belum pernah ke tanah suci. Bagi mereka yang pernah pergi, akan dapat mengimbau kembali saat-saat berada di sana... " -Ustaz Saidi, Pensyarah Kolej Matrikulasi Perak-
"Buku ini disampaikan dalam bentuk cerita, ia sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang berhasrat menunaikan umrah atau haji..." -Ustaz Shamsul Kamal, Pembimbing ibadat haji & umrah- 


Thursday, January 3, 2019

Buku Panduan Ibadah, Umrah dan Ziarah

Panduan Ibadah, Umrah dan Ziarah



Format: Paperback (bertali)
Saiz: 4" x 6"
ISBN-13: 9789673680368
Penerbit: Al-Hidayah
Jumlah Muka Surat : 94
===================================================
Umrah adalah haji kecil. Berbeza dengan ibadah haji, umrah boleh dilakukan sepanjang tahun. Sebelum mengerjakan umrah persiapan yang lengkap juga amat diperlukan khususnya ilmu pengetahuan berkenaannya.
Kehadiran buku panduan ini diharapkan dapat membantu dan memberikan keyakinan kepada kita dalam menunaikan ibadah ini. Perkara yang rukun, wajib dan sunat disusun secara ringkas dan mudah. Ini memudahkan lagi perjalanan ibadah. Dan amat penting juga adalah hati yang tenang dan ikhlas semasa menunaikan ibadah kita.
Kita berdoa dan mengharapkan setiap ibadah yang yang kita amalkan akan diterima dan mendapat keberkatan Allah. Sesungguhnya solatku. ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah, Tuhan Sekalian alam. Amin Yu Rabbal Alamin

Panduan Haji dan Umrah - Buku Travelog Haji : Edisi Terkini

Travelog Haji: Edisi Terkini 




Sinopsis
"Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Ya Allah, aku mohon kerahmatan-Mu. Ya Allah, aku mohon taufik dan hidayah-Mu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, izinkanlah aku bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardu haji. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, menyombong diri, apatah lagi untuk bersikap angkuh."
 "Aku mohon izin-Mu semata-mata kerana aku ingin khabarkan tentang keagungan-Mu, keesaan-Mu dan kehebatan-Mu kepada sanak-saudaraku, rakan-rakanku dan masyarakat umum. Ya Allah, berikanlah aku ilham, permudahkan dan berikanlah kekuatan untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan buku ini."
 Itulah doa sebelum meninggalkan Masjidilharam. Doa yang dibaca bersama linangan air mata. Doa yang dilafazkan ketika mengadap Multazam. Ia adalah doa sebelum bersembahyang subuh, sebelum melakukan Tawaf Widak dan sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Masjidilharam. Di kala inilah bibir dan hati bertutur sepenuh perasaan, melahirkan keinginan ‘luar biasa’ kerana terpegun dengan kehebatan Pencipta sehingga meleburkan sekeping hati setelah 35 hari berada di Masjidilharam.
 Isi Kandungan
PROLOG
BAB 1: Aroma Haji 
BAB 2: Aku Manusia Jahil
BAB 3: Kad Jemputan 
BAB 4: Konsep Haji 
BAB 5: Jalan Pintas ke Syurga
BAB 6: Surat untuk Menteri
BAB 7: Siapa Jaga Anak
BAB 8: Pemeriksaan Kesihatan 
BAB 9: Bertaubat di Florence 
BAB 10: Tolol dan Tongong 
BAB 11: Cik Bedah, Anda Di Mana? 
BAB 12: Ujian Wak Lampu 
BAB 13: Mencari Keistimewaan 
BAB 14: Jangan Hantar ke Kelana Jaya 
BAB 15: Hotel Ekhwah 
BAB 16: Universiti Baitullah 
BAB 17: Ajaibnya Bumi Mekah 
BAB 18: Tolong Jaga Ibu Saya 
BAB 19: Malaikat ataupun Wali Allah 
BAB 20: Hadiah untuk Ibu 
BAB 21: Berkongsi Saf 
BAB 22: Strepsil di Masjidilharam 
BAB 23: Hajarulaswad 
BAB 24: Maal Hijrah di Mekah 
BAB 25: Kuat dan Bertenaga 
BAB 26: Teori Saf 
BAB 27: Talbiah 
BAB 28: Sesat di Arafah
BAB 29: Wukuf 
BAB 30: Sejuknya Muzdalifah 
BAB 31: Jamratul Aqabah
BAB 32: Tua di Mina 
BAB 33: Khatam Quran 
BAB 34: Ya Allah, Aku Ingin Tidur 
BAB 35: Rokok di Mekah 
BAB 36: Membeli-Belah 
BAB 37: Selamat Tinggal Mekah 
BAB 38: Nasi ataupun Solat 
BAB 39: Madinah Bumi Aman 
BAB 40: Tuhan Lebih Mengetahui
BAB 41: Sehelai Jubah Seribu Makna 
BAB 42: Dua Jam di Raudah 
BAB 43: Selamat Tinggal Madinah 
BAB 44: Haji Mabrur 
BAB 45: Cabaran Sebenar 
BAB 46: Haji Daud Tanjung Karang
BAB 47: Surau Kondo Kemuncak
BAB 48: Tulis Kisah Saya
BAB 49: Astaghfirullah 

Panduan Haji dan Umrah - 50 Tip Motivasi Haji dan Umrah

Bismillah

Selamat datang ke blog buku panduan haji dan umrah.

Anda boleh lihat pelbagai buku panduan, tip, motivasi dan sebagainya berkaitan ibadah haji dan umrah yang sesuai dengan minat tuan/puan.

Semoga ini dapat membantu tuan/puan melaksanakan haji dan umrah dengan sempurna.






50 Tip Motivasi Haji & Umrah (Edisi Terkini)



=======================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-481-174-7
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2018
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (kg): 0.334
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan 
=======================
“Kreativiti sambil melihat sesuatu isu dalam keadaan sedikit berbeza memberi kesan yang luar biasa kepada khalayak pembaca.”
Jika sebaris ayat yang diperlukan, itulah yang ingin saya simpulkan setelah membaca manuskrip 50 Tip Motivasi Haji & Umrah. Begitulah ilmu Allah, sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain,boleh menjadi sumber panduan kepada yang lain.Petua-petua yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikanluar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilaisantai dan bersahaja. Bagi saya, ia anugerah Allah kepada penulisbuku ini, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah Roslan.
Isu-isu yang ditonjolkan disampaikan dengan cara yangsangat mudah sehingga khalayak pembaca tidak menyedari yangia merupakan satu isu besar. Isu menduakan Allah, berpuasa tahaptinggi dan konsep mengingati Allah secara istiqamah dihujahkandengan penuh kasih sayang.Ia sebuah buku yang mahu dan boleh dihabiskan secepatmungkin tanpa berlalu begitu sahaja. Ia akan diulang bacaterutamanya bagi bakal jemaah haji dan umrah yang inginkansesuatu yang terbaik. Ia menyentuh hati dan saya berasa damaiapabila selesai membaca manuskrip ini.

Kamaruddin Majid,
Penasihat Agama UiTM


Buku Panduan Haji dan Umrah - Ceritera Haji Wartawan Al-Quran

=========================== Format:  Paperback Saiz:  6"x9" ISBN-13:  978-967-411-841-9 Tarikh Terbit:  15 Apr 201...